Archive for April, 2006

Kelas Bimbingan Kamera SLR 2005

Sunday, April 30th, 2006

Final

Kelab Fotografi Universiti Teknologi Malaysia City Campus, Kuala Lumpur telah menganjurkan Kelas Bimbingan Fotografi (Kamera SLR) pada 27 & 28 Mac 2006. Kelas bimbingan ini telah dijalankan selama dua hari bermula dengan Kelas Teori yang diadakan di Dewan Kuliah 1, UTM City Campus KL dan Latihan Praktikal dijalankan di Taman Botani, Putrajaya.

Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada ahli baru kelab telah menyertai program ini. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar Ko-Kurikulum yang mengambil matapelajaran fotografi sebagai latihan dan juga persediaan awal. Bimbingan daripada barisan fasilitator yang mahir serta berpengalaman dalam bidang fotografi yang mana ianya terdiri daripada SQUADPHOTO UTM City Campus KL dan juga ALUMNI kelab.

Latihan praktikal telah dijalankan di Taman Botani bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam di Dataran Putra. Pelbagai spesis flora dan fauna yang menjadi warisan alam semulajadi dapat dilihat. Selain itu, latihan praktikal juga diadakan di sekitar Muzium Islam, Bagunan Kompleks Kerajaan serta Masjid Putra.

Selain itu, para peserta berpeluang untuk menikmati keindahan warisan alam semulajadi di Putrajaya yang mana ianya dibagunkan sebagai ‘Bandar Dalam Taman’. Gabungan kemudahan dan perkhidmatan yang moden dengan rimbunan warisan alam semulajadi selaras dengan misi Malaysia menjadikan pembangunan bandar yang terpelihara dan menghargai alam semulajadi menjadi teras ataupun objektif dalam latihan praktikal ini.

photokiosk enterprise (01543170-M)
Mobile Phone 60196252513

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester

Sunday, April 30th, 2006

FinalSelamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2005/2006 kepada semua rakan-rakan di UTM City Campus mahupun di semua IPTA dan IPTS.

Jujurlah Pada Ilmu!

photokiosk enterprise (01543170-M)
Mobile Phone 60196252513